Kelas Microsoft Office Word & Excel
2 April 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 1 April 2019, Pusat Internet telah mengadakan kelas Microsoft Office Word dan Excel kepada pelajar lepasan SPM. Seramai 2 orang peserta yang mengikuti kelas ini. Kelas ini juga diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.
Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta supaya lebih kreatif menggunakan Microsoft Office Word. Dalam kelas ini peserta telah belajar membuat risalah perniagaan. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi pengenalan kepada peserta tentang Microsoft Office Excel memandangkan peserta sebelum ini tidak pernah menggunakan Excel. Peserta telah diajar mengenal fungsi dan cara menggunakan Microsoft Office Excel. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: